Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,575
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Egann 4

CUKUP seratus hari selepas arwah Ainah kembali ke rahmatullah. Si anak sulung milik arwah itu melangkah berseorangan ke kawasan perkuburan. Tujuan hidupnya pada hari ini ialah membersihkan kubur si ibu dan membaca Yasin untuk ibunya itu. Air mawar di dalam jag digenggam erat di tangan kanan dan buku poket Yasin pula dah dipadatkan baik-baik di dalam poket baju melayu hitam yang dipakai. Rambut panjang paras bahu diikat rendah dan sisi rambut dibiarkan menutup pipi.

Nak diajak Saiful, adiknya tidak bangun lagi selepas tidak tidur malam tengok bola. Tidak ingat langsung dengan tarikh penting arwah. Geram si abang dibuatnya. Bila diajak Elisa pula, dia yang disimbah air sabun basuh kereta. Mujur sempat mengelak walaupun tempias buih dan air kotor itu sempat terkena pakaian yang dipakai. Lalu Syafik terpaksa mandi semula.

Elisa…

Nawal Elisa…

Sejak kes mendajalkan hubungan jirannya itu dengan Irfan, memang Elisa dingin habis padanya. Walaupun pernah baik sedikit selepas ibunya meninggal, namun pengisytiharan perang dingin mentah-mentah dibuat walaupun semasa kenduri makan selamat arwah ibunya. Semasa membantu gadis itu dari dibuli pun dirinya yang ditampar kembali. Jangan menyibuk dalam hidupnya, katanya. Menyengat sungguh kerana disebut sebagai ultra penyibuk macam lalat hurung tahi. Tak sedar la tu, bila dia ialah lalat, gadis itu sendiri ialah tahi. Sakit hati sangat nampaknya sampai tak sedar perumpamaan yang digunapakai.

Tapi lebih elok begini dari melihat gadis itu berhubung dengan lelaki naluri songsang itu. Nak beritahu depan-depan, takut si telinga kuali itu tidak percaya, sebab itu hancurkan je hati dia dan buat dia tanam niat dia dalam-dalam. Mujur berkesan.

Tapi kalau difikir-fikirkan elok-elok, memang tak matang langsung pendekatan yang digunakan. Kalau dia cuba memberitahu elok-elok, cari bukti, mungkin Elisa akan percaya dan mereka masih bersahabat baik macam apa yang dia buat pada Saiful.

Tapi heh. Tak guna disesalkan benda yang dah jadi. Walaupun bila diingatkan kembali, hari itu dia memang sangat marah bila melihat penampilan gadis itu yang dihias khas untuk si bisex itu. Maka Syafik lebih mengikut keadilan perasaan dari penghakiman otak dan akal. Dan kesannya… dia hilang Elisa dan ibunya sekali pada hari itu.

What a high price to pay…” Syafik meraup rambut yang panjang. Rambut sisinya dibiarkan dibuai angin pada kedua belah pipinya dek ponytail di belakang yang dah melonggar. Syafik mendehem. Bersabar pada diri sendiri.

Sepanjang perjalanan, Syafik mengimbau semua kenangan yang diingati bersama ibunya. Ibu yang sangat lembut dan sangat baik. Ibu yang cantik dan pelukannya hangat, dan makanannya sedap dan sentiasa membuat mereka adik beradik gembira di rumah. Ibu yang selalu tersenyum ceria dan tergelak dek telatah nakal mereka adik beradik. Ibu yang menangis kerana marah dan sedih sekaligus apabila dia dimasukkan ke dalam wad kerana luka di belakang tubuh. Ibu yang membebel supaya dia tidak buat perangai yang boleh hilangkan nyawa begitu lagi.

Syafik menyeluk tangan kiri ke poket jeans, cukup dalam sehingga lurus sikunya. Angin petang yang sejuk dek baru lepas hujan tak mampu menenangkan hatinya langsung. Sebal dan rindu yang dirasai untuk si ibu terasa sangat mencengkam. Dia mahu makan telur ikan goreng special resepi ibunya lagi. Anak tekak terasa kembang bila teringat rasa yang sedap di hujung lidah.

Maybe aku patut mintak auntie buatkan…” bisiknya perlahan sambil meneruskan langkah ke kawasan perkuburan tanpa sebarang rasa gentar dan gerun.

Ternampak sesuatu di hadapan kubur Puan Ainah.

Dahi berkerut. Siapa…? Sambil mendekat, belakang tubuh yang bidang dengan blazer hitam dan slack hitam seperti baru nak ke kerja di pejabat itu terus direnung. Rambut hitamnya pendek seperti rambut Saiful. Jantung Syafik terasa berhenti berdegup. Imbasan belakang tubuh yang bermain piano 12 tahun dahulu terbayang semula di ruang mata. Angin yang sejuk menampar pipi yang panas, menyamai perasaan semasa berusia 5 tahun dahulu. Kaki spontan melangkah laju beserta degupan jantung yang semakin kencang umpama larian kuda perang.

Tak mungkin… tak mungkin…!! Kenapa dia balik sekarang?!!

Dan langkah Syafik mendadak terhenti bila lelaki itu menoleh ke belakang. Dua pasang mata biru kilat itu bertemu pandang. Darah terasa naik ke kepala dengan jantung yang terasa meloncat keluar dari jantung. Wajah Syafik menegang marah dengan urat di leher menimbul dek emosi yang membuak.

“Ian…” Menegang dan bergetar sekaligus suaranya. Mata Syafik terasa menjojol keluar memandang wajah yang sangat dikenali di hadapannya. “Ian Seymour!!”

Ian menolak cermin mata ke pangkal hidung. Remaja lelaki di hadapannya direnung redup. “Egann…”


“ABANG belum balik?” Saiful mengerutkan dahi, menentang ibu Elisa di depan pagar rumah mereka. “Lamanya la pun kat kubur tu… tebas rumput kat kubur orang lain ke apa? Nak beramal?” Pinggang dicekak, menoleh ke jalan raya.

Puan Diyana tersenyum saja, memandang anak muda itu. “Adalah kerjanya tu… dan kau Nawal, dari mana?” Anak daranya yang menolak pintu pagar, dipandang. Pakaiannya cumalah baju tidur one piece paras lutut dengan gambar Doraemon besar-besar di dada. Malu sungguh ada anak dara begini.

Elisa menjuihkan bibir. “Beli barang kat kedai…” Plastik berisi sayur-sayur dan daging di dalam plastik di tangannya, ditunjuk. “Eii mak ni. Orang dah cakap jangan panggil orang Nawal lagi. Buruk nanang!”

“Mak pedulik apa. Mak yang bagi kau nama Nawal, jadi tu la nama kau.”

“Mak memang tak reti cipta sesuatu yang kreatif.”

“Hasil yang paling gagal ialah kau.”

Terdiam si anak. Pemuda 16 tahun itu pula hanya tersenyum sumbing mendengar pertelingkahan kecil anak beranak itu. Elisa lalu mengeluh perlahan sebelum menoleh kembali pada Saiful yang masih tegak di luar pagar. “Masuk la Saif. Kau ni bila agaknya baru hilang malu masuk rumah sendiri,” jemputnya. “Aku masak hari ni.” Sengih.

“Oh? Nice?”

Saiful melayan diri di sofa. Sengih dilemparkan janggal pada tuan punya rumah yang melipat baju di lantai. “Segan la saya makcik. Ada apa-apa yang saya boleh tolong? Oh, I can help you with this.” Duduknya beralih dari sofa ke lantai, berhadapan dengan Puan Diyana. Ternampak pakaian dalam perempuan di dalam bakul pakaian yang belum dilipat. Okeyaku boleh bermula dengan pakaian sekecil ini….

Oih! Jaga perangai depan emak orang!

“Uish… mujur tak sempat pegang.” Luahan hati terluah di mulut di bawah sedarnya. Tangan beralih dari bra hitam pada Tshirt lengan panjang.

Puan Diyana hanya tersenyum melihat tingkah si pemuda. Rasa kasihan timbul untuk remaja lelaki ini dan pada si abang yang sudah hilang tempat bergantung. Disuruh balik ke kampung, nak habiskan pelajaran dulu kata kedua-duanya. Nak duduk di rumah anak yatim, malu katanya. Maka Puan Diyana tak kisah membiarkan mereka menginap di rumahnya jika itu yang memberi mereka selesa dan membuatkan mereka terasa seperti berada di dalam rumah. Sekurang-kurangnya dia masih mampu untuk membantu meringankan beban mental kedua-dua beradik itu. Tshirt anak perempuannya dilipat. “Ohya, Saif…”

“Hm?”

“Makcik lupa nak bagitau. Ayah kau dah sampai ke Malaysia awal pagi tadi.”

Elisa yang dah masuk ke dalam biliknya yang tak jauh dari ruang tamu, keluar semula dengan leher memanjang ke ruang tamu. Mata memandang ibunya. Ayah…? Ayah Saif? Lelaki 16 tahun itu dipandang pula. Muka itu nampak kosong dan keliru.

“Ayah?” Berkerut dahinya. Puan Diyana tersenyum, mengangguk. “Dia masih ada… masih hidup?” soalnya pula kemudian, membuat dua anak beranak itu tersentap.

Elisa memandang ibunya. Puan Diyana pula menelan liur yang terasa berpasir. “Sudah tentu dia masih hidup. Kau kan dah lahir masa dia ada di sini lagi…”

Saiful terkelip-kelip. Tiada perasaan. Dia menunduk kemudian. “Oh…” Otak cuba membayangkan wajah ayahnya itu. Samar-samar sebelum menghilang sepenuh dikaburi kabus. “Okey…” Bibir diherot ke kiri.

“Tak gembira ke?” soal Elisa pula. Saiful menoleh pada anak gadis itu. “Ayah kau dah balik kut…” ujarnya dengan senyum, mengharap bibir itu sama tersenyum.

Saiful meleret bibir. “Well… nak jugak happy… tapi aku tak tahu nak rasa apa. Tak pernah jumpa dia kan… tak tahu nak cakap apa…” Dia bersandar pada kaki sofa. Meja teh di hadapannya direnung sejenak. Lipatan yang tidak selesai terbiar seketika. Saiful sedikit menyesal kerana tiada memori berkenaan ayahnya. Kepala menoleh pada makcik yang sangat baik pada mereka adik beradik tunggal itu kemudian. “Ayah kat mana sekarang?”

Puan Diyana yang sedang menahan harunya, mendehem. Cuba menyembunyikan sebak. Wajah kawan lama yakni ibu remaja lelaki itu terlintas sejenak di ruang mata. “Kat kubur… melawat kubur ibu kamu mungkin.” Dia bangkit dari duduk, lalu lekas menghilang ke dapur. Terasa berat perasaannya bila terus berbual tentang isu ini.

“Kubur? Abang pun kat…” Dia spontan ternganga lalu menekup mukanya. “Astaghfirullah…” Baru tersedar.

Elisa yang dah siap menukar baju kepada yang lebih kasual dan ringkas, keluar dari bilik dan mendapatkan Saiful di ruang tamu itu. Sempat terdengar lelaki 16 tahun itu mengucap perlahan. “Kenapa?”

Saiful memicit pangkal hidung, sebelum menjeling pada pintu pagar di luar. Baru teringat. “Abang…”

Berkerut dahinya. “Apek kenapa? Dia dah balik?” Kepala turut ditoleh ke pintu rumah. Takde pun Apek….

“Tak…” Saiful meraup muka lagi, lalu tangan dibawa ke kepala, menggenggam rambut yang pendek itu. “Maybe dia dengan ayah sekarang…”

Makin berkerut dahinya. “Jadi…?”

Saiful menoleh lalu.


LELAKI yang diingati dengan panggilan ayah di dalam mindanya selama ini ialah seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dengan keluarga yang dah dicipta dengan tangan sendiri. Dia ialah lelaki yang selalu bekerja dan selalu terperuk di dalam bilik dengan kertas-kertas, buku-buku dan panggilan telefon siang dan malam. Kadang kala dia sibuk dengan kertas muzik dan alunan piano yang jarang benar berhenti bila dia mula bermain.

Ayah mungkin masih nak makan bersama di meja makan dan melihat dia dan ibu walaupun sangat jarang, tapi ya, selama yang dia ingat… ayah sangat susah nak bercakap dengan dia. Masalahnya, ayah bukannya orang bisu. Apatah lagi dengan kesibukan dia itu, perhatian pada Saiful langsung tiada dan Syafik sendiri tidak pasti andai adik lelakinya itu ingat pada ayah mereka. Bila ayah pergi suatu hari tanpa memberitahu sebab dan kenapa, ibu cuma tersenyum dan cakap itu sesuatu yang tak dapat dihalang. Tapi dia tahu, diam-diam bila ibu ingat tiada siapa yang melihat, tidak kira di dalam bilik atau di dapur semasa tengah memasak, ibu akan menangis seorang.

Entah bila kali terakhir dia jumpa si ayah itu. Dia tidak ingat. Yang pasti, pada awal pagi itu, si ayah dilihatnya keluar dari rumah. Ingatkan ke kerja macam biasa, tetapi tubuh tinggi dan bahu bidang itu tidak pernah balik semenjak pagi itu.

Tidak pernah.

Walau pada hari raya aidilfitri.

Walau pada hari raya korban.

Walau pada hari jadi mereka.

Mahupun pada hari kematian ibunya.

Tidak pernah walaupun sekali.

Angin lembap selepas hujan terus menerus bertiup, membungkus tubuh kedua-dua adam di kawasan perkuburan agama islam itu. Kawasan tanah di mana penduduknya tidak pernah berkurang melainkan bertambah setiap kali hamba Allah kembali padaNya. Rambut anak beranak sama-sama terhayun sedikit bila disentuh angin.

Syafik menggeleng kepalanya lekas. Enggan percaya. Pandangan dialihkan ke langit dan perasaan yang membara seperti besi panas yang nak mencapai takat lebur cuba disejukkan. Langit dipandang, dan matanya dihala pada insan di hadapan batu nisan itu lagi. Tersirap lagi darahnya, lagi-lagi pada pandangan mata itu yang dihala padanya.

“Kau Ian!!” Menyinga terus dia. “Kau buat apa kat sini?!!”

Ian memandang anak lelaki sulungnya itu dengan pandangan redup. Kelihatan sayu dengan wajah yang tanpa senyum. “Syafik… huh?” Perlahan. Keningnya yang hitam lebat terangkat. “What are you doing here?”

Terasa pecah pembuluh darahnya di otak dan boleh strok terus tanpa sempat nak jumpa Saiful dan ucap selamat tinggal. “Why in hell you question me with that question…” Bergetar nadanya, menderam. “And don’t call me with that name. Only mom can do…”

Kepala Ian membengkok sedikit. “I’ve heard it. You excel in your school a basketballer, huh? Don’t you feel to play the piano? You have my blood afterall.

Penumbuk dah terasa nak naik. “Why on hell I want t play the piano just because I have your filthy blood…”

Menoleh si ayah itu. “What in a blue blaze you call yourself a ‘filthy blood’ for? Are you not my son?”

You don’t know how much I wish to not be your son!! Back to my question, what the hell are you doing here?!!”

Senyap, dan perlahan dia memandang kubur si isteri lagi. “Ainah… why did you die…”

Why?! Semuanya sebab a shit like you! Living her alone and let her go through all those hardwork!”

I thought our son can grow into a cuter person…”

“Apa?!! Don’t you dare complain about me when you are the one who abandon us!!”

I did promise youso…”

“Kau jangan tunjuk muka sedih depan kubur mak for God’s sake!!”

“Ainah… I miss you… sniff sniff…” Menangis, namun beku.

You’re the bastard that left her!! Why the hell are you… aaaargh! Aku blazing!! Aku blazing!!” Muka yang membahang panas terus dikipas dengan tangan. Tertekan dia! Serabai rambutnya dibuatnya. Lelaki barat bermata biru dan berambut hitam itu menoleh pada si anak.

Syafik mendengus bila pandangan mereka bertemu. “I don’t even know why I’m speaking English…” ujarnya menderam. Wajah yang dah berkerut itu dipandang lagi dengan riak benci. “More importantly, kenapa kau balik tiba-tiba?! Kau takda tempat lagi nak balik ke sini!!”

“Ya… ayah tau…” Ian menyambut perlahan, menoleh ke jalan yang menuju ke perumahan mereka. “Rumah ayah… dah takda lagi… for some reason, strangers are living in it.

Syafik mencemik, mendengus lagi dengan udara yang lebih panas dan memandang ke kiri. “Aku yang jual rumah tu. Itu yang sepatutnya dilakukan, rumah yang kau tinggalkan dan langsung takda sejentik pun rasa bahagia untuk didiami. Rumah yang buat mak terseksa hingga dia meninggal…”

Ian menoleh. “Kau yang jual…?”

Wajahnya tegak ditala pada wajah yang nampak kerutan usianya itu. “Itu sebagai tanda resolve aku ngan Saif. Kami boleh hidup sendiri tanpa kau, terutama lepas emak mati.” Nada ini yakin sekali dilepaskan.

“Termasuk piano tu sekali?”

“Yeah. It really is expensive. Heheh.”

“Kau jual piano…” Suara Ian mengeras.

Syafik terkedu, dan membeku sel tubuh bila si ayah mendekatinya. Ian terus merenung anak mata biru anaknya dengan anak mata birunya sendiri. “Adakah ianya sebab kau terlalu bencikan aku? Hingga kau sanggup jual piano tu? Kau jual semua yang mengingatkan kau pada aku… sebab kau nak larikan diri dari kenyataan? Macam budak kecil yang sembunyikan tilam lepas kencing malam… kau sebenarnya melarikan diri dari kenyataan, Egann.”

Riak Syafik menegang, namun sisa ragu-ragu dan takut masih bersisa di wajah muda. Lagi-lagi bila si ayah itu terus mendekat padanya. “Tak… bukan…”

“Kau cuma pengecut yang normal, Syafik Egann!” Garau.

Darah Syafik mendadak naik ke wajah. Burnt! “Siapa kau nak cakap macam tu!!” Mendadak naik nadanya hingga ke langit. Melenting! Jantung sama kembali kencang dek amarah. Tangan menggigil habis hingga air mawar tumpah ke tanah bila mulut jag turun ke bumi. Tempias membasahkan sekali kasut dan jeans Syafik, namun jejaka itu terlalu marah untuk kisahkan kasutnya yang basah sebelah.

Riak Ian kembali tenang. “I do understand…” Perlahan.

Dammit!” Dia berkalih deras. “Bercakap dengan si bangang buatkan aku rasa nak muntah!” ujarnya, kesat, dan terus pergi. Ian memandang saja. Si bangang…?

“Ayah ingatkan kau nak lawat kubur emak kau?”

Not while I’m in this foul mood!!” balasnya lantang. Kening Ian terangkat tinggi. Kubur itu dipandangnya sekilas dan kaki lalu melangkah, mengekori gerak langkah anak yang dah membesar itu.


PERTEMUAN semula diantara tiga anak beranak itu berlaku di dalam rumah Puan Diyana. Syafik balik terus ke rumah si jiran kerana di situlah kenduri arwah seratus hari akan dilaksanakan, dan lelaki barat itu pula sekadar mengikut kerana rumah yang ditinggalkan dahulu sudah tiada kerana dijual dua beradik yang pandai itu.

Saiful melangut dengan mata terbuntang dan mulut melopong. Seorang lelaki barat bermata biru kilat dan berambut hitam lebat berdiri tegak di hadapannya. Gaya pakaiannya macam baru balik dari pejabat kerana selekeh dan tidak kemas walaupun mengenakan suit. Pada hidung mancung itu pula tergantung cermin mata tidak berbingkai. Kedut tua ketara sekali pada wajah yang tidak tersenyum. Dia ingat muka itu… dia pernah lihat dalam album simpanan gambar ibunya….

You’remy dad?”

Syafik di hujung sofa, mencemik. “Dia faham bahasa melayu, Saif. Tak payah speaking pun takpe.”

Menoleh si adik dibuatnya. Pelik melihat gaya marah abangnya. “Ah… oh… ayah Saif.”

Ian pula merenung remaja lelaki itu. Terus terang, dia tidak ingat dia ada anak kedua…. Ah, ada… tapi… ada ke? Kepala direndahkan, merenung mata yang turut mewarisi matanya. Rambutnya cukup pendek berbanding Syafik, dan tenungan matanya redup berbanding Syafik yang lebih galak. Bibir tersenyum lalu. “You’re… Dour.”

“Do-do-do… dor? Door? Playdoh?” Keliru.

Syafik mendengus perlahan. Puan Diyana yang masuk ke ruang tamu dengan biskut dan jag berisi kopi dipandang sekilas. “Your Scott name, Saif. Kan ada your stupid middle name dalam I.C. kau tu…”

“Ah… oh ya. That weird name. Apa eh maksud dia?” Abangnya dipandang.

Syafik menjeling. “Water.”

Kening tebal Saiful terangkat. “Nama abang pulak apa dia?”

Kepala dipalingkan ke pintu rumah. Enggan menjawab. Wanita tua itu pula merenung tiga beranak itu. Punggung dilabuh ke sebelah anak muda 17 tahun tersebut. Saiful yang masih menanti jawapan dipandang. “Syafik Egann Fadhil. Egann… bermaksud api.”

Ian menjeling tuan rumah itu. Saiful pula terkelip-kelip pada abangnya. Penumbuk dilepaskan sekali pada telapak tangan. “No wonder abang panas baran… dan Saif pulak cool orangnya. That explains everything,” ujarnya bersama sengih lebar macamlah dah buat penemuan yang terbesar di dunia.

Syafik menoleh deras. “Bila pulak aku panas baran dan kau cool?!!”

Sengih. “Instantly proven.” Telunjuk lurus ke arah Syafik.

Terkebil si abang lalu mendengus dia. Si adik tergelak besar. Kelakar melihat wajah masam itu. Muka menjus bak kata orang Sarawak. Elisa dan Awani menjenguk ke ruang tamu bila mendengar ketawa yang tak habis-habis dari si pemuda tinggi. Lelaki barat yang ada sama di ruang tamu itu menghalang keduanya itu berlagak tuan rumah di rumah sendiri. Janggal habis!

“Sebab abang yang macam ni la abang dah makin pendek, tahu.” Saiful bersuara lagi, mendekati abangnya.

Syafik menoleh bersama sengih geram. “Pandainya kau buat teori mengarut begitu. Mana belajar?”

“Orang panas baran ni kurang kalsium. Kurang kalsium membantutkan pembesaran. Sebab tu Saif dah sama tinggi dengan abang sebab Saif banyak kalsium.”

Syafik mendesis, lalu bangkit dari duduk. Tulang belakang ditegakkan, cuba melihat siapa yang lebih tinggi. Bahu dijadikan benchmark – ya, mereka sama tingi. Cheit….

“Cakap banyak la kau, Saif…” Biskut dicapai. “Prove your worthinesslepas kau boleh beat abang in guitar skill, basketball skill, sports and academic.” Dimasukkan dua ke dalam mulut.

“Erm… first, Saif main bass guitar, bukannya gitar. Second, Saif pemain bola sepak, bukannya bola keranjang. And third, Saif hafal surah dalam Quran lagi banyak dari abang. Hahaha. Sapa menang, sekarang?”

Sengih Syafik meleret lebar lalu pipi Saiful dicubit geram. Mengaduh dia. “Pandainyeee… pandainye dia melawan abang dia sekarang… pandainye – erk.” Ejekan termati bila kepala tiba-tiba diramas.

Saiful turut terkedu, tidak jadi terus memprovok si abang. Kepalanya turut diusap seperti abangnya itu. Adik beradik itu serentak mendongak, memmandang si cermin mata yang tersenyum redup pada mereka.

Saiful terkebil. Lambat-lambat hatinya merasa kembang. Usapan di kepala tidak pernah diterima dari insan bergelar ayah… dan kali ini dia betul-betul terasa… sempurna. Dia ada ayah… dan dia masih belum keseorangan! Dia dan abangnya masih bukan anak yatim. How great is that?! Hahha!!

“Cih.” Syafik mencemik, menolak kepala ke arah bertentangan. Riaknya nampak macam tidak berpuas hati, namun tidak pula dia menepis usapan yang masih lembut belaiannya di rambutnya.

Puan Diyana yang memerhati, tersenyum haru.
Previous: Egann 3
Next: Egann 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.